Sukan Para SUKMA 2022: Terengganu waspada ancaman tiga pencabar utama
Sabah, Selangor dan Sarawak akan menjadi pencabar utama buat kontinjen Terengganu dalam usaha memburu 25 pingat emas pada temasya Sukan Para Sukma 2022. Perkara tersebut diakui Chef De Mission (CDM) Kontinjen Para Sukma Terengganu, Mohd Izwandy Ismail.
Jelas beliau, sukan para sentiasa mendapat perhatian khusus oleh kerajaan negeri Sarawak malah kebelakangan ini negeri-negeri lain juga sudah mula membuka mata dan memberi perhatian serius pada pembangunan sukan para.
Menurut Mohd Izwandy, penganjuran kali ini, kontinjen Terengganu menghantar 77 atlet yang akan mengambil bahagian dalam acara badminton, memanah, boccia, angkat berat, renang, tenpin boling, catur, olahraga, boling padang dan ping pong.
Tambah beliau, kerajaan negeri juga menyediakan insentif kemenangan kepada para atlet yang berjaya menyumbangkan pingat pada kejohanan tersebut. Insentif itu sebagai suntikan semangat dan motivasi kepada para atlet yang bertanding demi mengharumkan nama negeri.
Program Tenaga Hijau Korporat imbangi permintaan yang terus meningkat
Program Tenaga Hijau Korporat (CGPP) diperkenal bagi memenuhi permintaan bekalan tenaga mesra alam yang terus meningkat. Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan program tersebut menggunakan mekanisma Perjanjian Pembelian Tenaga Maya dengan jumlah kuota 600 megawatt.
Jelas beliau setiap syarikat hanya boleh memohon antara 5 hingga 30 megawatt. Syarikat yang layak boleh memeterai Perjanjian Tenaga Hijau Koporat dengan penjana tenaga solar bagi penjualan dan pembelian sijil Tenaga Boleh Baharu secara maya dengan terma dipersetujui bersama. Beliau bercakap dalam Majlis Pengumuman Pelaksanaan Tenaga Hijau Korporat di Putrajaya.
PM ucap Tahniah Kejayaan Pearly Tan - M Thinaah , banggakan Keluarga Malaysia
Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah menamatkan kemarau kejuaraan Malaysia di Terbuka Perancis apabila menewaskan pasangan Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara pada aksi final di Paris, malam tadi.
Kejayaan pasangan itu turut mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau menerusi catatan di Facebook rasminya, mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut. Datuk Seri Ismail Sabri berkata kejayaan Pearly-Thinaah menamatkan kemarau kejuaraan berjaya mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.
Jelas beliau, kejayaan pasangan beregu itu membuktikan sukan berupaya mengharumkan nama Malaysia di persada dunia, selain menyatukan kaum. Bukan itu sahaja, Ia juga dapat meningkatkan semangat kekitaan yang menjadi asas Keluarga Malaysia.
10
views
Sektor eko pelancongan negara perlu ubah mentaliti terhadap pelancongan domestik
Mentaliti rakyat Malaysia terhadap pelancongan domestik perlu diubah. Ini berikutan terdapat segelintir yang suka membandingkan kecantikan eko pelancongan negara luar yang dikatakan lebih menarik walaupun ditawarkan pada harga tinggi.
Pengerusi Persatuan Pelancongan Daerah Seremban, Jefri Ramli berkata sokongan rakyat penting bagi membantu sektor pelancongan negara selepas terjejas teruk akibat pandemik COVID-19. Tindakan ini turut meningkatkan aliran tunai dalam negara dan mengurangkan kadar inflasi.
Pameran MATTA sasar RM500 juta nilai jualan
RM500 juta nilai jualan disasar Pameran MATTA terbesar yang bakal berlangsung 17 hingga 19 Mac tahun depan. Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia, MATTA menjangkakan 250,000 pengunjung hadir ke program tiga hari berkenaan.
Pengerusi Penganjur Pameran MATTA 2023, Rocky Kho memaklumkan pameran bakal berlangsung di MITEC Kuala Lumpur. Ia menawarkan pakej menyeluruh termasuk perjalanan destinasi domestik, antarabangsa, umrah dan haji.
4
views
Simulasi Unit Tempur Ringan siap siaga untuk PRU15
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh menjalankan simulasi Pasukan Unit Tempur Ringan sebagai persiapan menghadapi PRU15. Simulasi berlangsung di Stadium Indera Mulia Ipoh melibatkan 227 pegawai IPD Ipoh dan 100 anggota FRU. Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri, latihan amal itu bertujuan memperkemas persiapan fizikal dan mental anggota bagi berhadapan sebarang kemungkinan.
Menari depan CCTV, pemuda tunjuk bukti barang dihantar
Gelagat seorang abang ‘courier’ menari dalam CCTV semasa menghantar barang pelanggannya, mencuit hati ramai. Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang menghantar barang di rumah pelanggannya. Sebaik sahaja melihat CCTV yang berada di luar, pemuda tersebut terus mengangkat barang menandakan dia ingin menghantarnya. Lebih melucukan lagi, dia menari dengan pelbagai jenis tarian.
Lelaki pulangkan buku milik perpustakaan selepas 84 tahun
Kakitangan perpustakaan terkejut apabila seorang lelaki bertindak memulangkan sebuah buku tebal yang dipinjam datuknya walaupun telah lewat selama 84 tahun dan 2 minggu. Menurut Daily Mail, Paddy Riordan telah menemui buku tersebut dari barangan tinggalan datuknya sebelum memutuskan untuk memulangkan semula. Paddy dilaporkan terpaksa membayar RM100 sebagai denda. Buku bertajuk 'Red Deer' hasil karya Richard Jefferis itu sepatutnya dipulangkan pada 11 Oktober 1938.
Sumber : Daily Mail / Facebook: Earlsdon Carnegie Community Library
ASA akan diteruskan, lebih banyak kategori dipertandingkan pada masa akan datang
Anugerah Seri Angkasa (ASA) akan diteruskan pada masa akan datang dengan penambahan lebih banyak kategori termasuk media sosial. Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata ASA ialah platform bagi menghargai penggiat industri kreatif tempatan.
Beliau berharap, industri penyiaran negara akan terus berkembang dan lebih ramai penggiat industri mendapat pengiktirafan ASA. Tan Sri Annuar juga berpuas hati dengan penganjuran acara berprestij yang berlangsung dua hari bermula Sabtu.
Idea bagi penjenamaan semula ASA dicetuskan Tan Sri Annuar yang turut memperkenalkan Dana Kandungan Digital sebagai hadiah rebutan selaras langkah di bawah Pelan Pemulihan Negara yang bertujuan membantu serta menggalakkan pengamal industri kreatif menghasilkan, memasarkan serta mengedar kandungan kreatif kepada pasaran tempatan dan antarabangsa terutamanya dalam fasa pasca-COVID-19.
Tahun ini, 43 kategori dipertandingkan di bawah Kategori TV, 22 kategori di bawah Kategori Radio, dan 5 kategori di bawah Kategori Media Sosial. ASA dahulunya dikenali sebagai Anugerah RTM, dicetuskan Kementerian Penerangan pada 1972, bertujuan mengiktiraf penggiat penerbitan program radio dan televisyen terbitan RTM.
Cuti anggota JBPM Johor dibekukan berkuat kuasa 4-30 November
Cuti dibekukan melibatkan semua pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor bermula 4 hingga 30 November. Sementara 20 peratus sahaja dibenarkan cuti antara 1 Disember hingga 15 Januari depan.
Pemangku Pengarah JBPM Johor, Penolong Pesuruhjaya Bomba Mohd Rizal Buang berkata, langkah itu diambil sebagai persediaan menghadapi PRU15 dan Monsun Timur Laut yang dijangka pada pertengahan November.
Tambah beliau, kekuatan JBPM di 33 balai seluruh negeri ini turut dibantu 28 pasukan bomba sukarela dengan keanggotaan 1,300 orang. Beliau melancarkan pasukan gerak khas menghadapi monsun timur laut bagi memantapkan persiapan perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan yang lebih efisien.
COVID-19: Malaysia terima vaksin Bivalent bulan depan
Malaysia bakal menerima tempahan vaksin Bivalent keluaran Pfizer bulan depan. Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, tempahan vaksin itu tidak membabitkan perolehan tambahan sebaliknya menggunakan perolehan sedia ada.
KKM menyarankan pengambilan dos penggalak kedua terutamanya kepada golongan berisiko walaupun ketika ini KKM tidak mewajibkannya kepada seluruh rakyat Malaysia.
Ia digalakkan kepada mereka mempunyai masalah kesihatan penyakit kronik, sistem imun lemah, ibu mengandung, petugas barisan hadapan di samping mereka yang akan bertugas pada PRU15 nanti. Setakat ini, 519,839 orang direkodkan telah mendapatkan dos penggalak kedua.
2
views
Pharmaniaga Bhd unjur US$30 juta bagi pasaran China menjelang 2025
Pharmaniaga Bhd mengunjurkan hasil jualan mencecah US$30 juta bagi pasaran China menjelang 2025. Menerusi kerjasama dengan JDMAS Commerce Sdn Bhd, syarikat farmaseutikal tersebut bakal mempunyai akses kepada lebih 1.4 bilion penduduk negara tembok besar itu.
Pengarah Urusan Kumpulan Pharmaniaga Datuk Zulkarnain Md Eusope berkata, jumlah itu turut meliputi 570 juta pengguna JD.Com, platform e-dagang terbesar di China. JDMAS akan bekerjasama dengan Pharmaniaga untuk mendaftar, mengimport, mengedar dan memasarkan produk jualan di kaunter dan produk penjagaan kesihatan lain di China.
Beliau bercakap dalam sidang media majlis menandatangani perjanjian persefahaman dengan JDmas diwakili Pengarah Urusannya, Datuk Bruce Lim.
2
views
EMWatch, khidmat rawatan susulan tanpa perlu ke hospital
926 pesakit telah menggunakan perkhidmatan teleperubatan serta pemantauan pesakit selepas discaj ataupun EMWatch sejak diperkenalkan di Jabatan Kecemasan Trauma Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Sungai Buloh pada 8 februari 2021.
EMWatch merupakan inisiatif memudahkan pesakit mendapatkan khidmat rawatan susulan dengan selamat tanpa perlu, ke hospital. Menerusi EMWatch juga, pesakit boleh mendapatkan surat rujukan hospital, keputusan perubatan seperti ujian darah, Ct Scan dan sebagainya.
Inisiatif itu sekaligus mengurangkan kesesakan dan berupaya mengosongkan kubikel untuk keutamaan pesakit yang lebih kritikal.
EMWatch menggunapakai aplikasi kesihatan yang dibangunkan syarikat pemula teknologi tempatan Data8 dengan menggunakan teknologi blockchaun bagu menjamin keselamatan data. Khairy juga berharap EMWtach dapat dikembangkan ke hospital-hospital lain pada masa akan datang.
Mat Kilau kutip RM90 juta, filem Malaysia catat kutipan tertinggi
RM90 juta berjaya dikutip Filem Mat Kilau selepas 33 hari tayangan. Jumlah itu menjadikan ia filem Malaysia yang mencatat kutipan tertinggi dalam sejarah perfileman negara.
Filem arahan Syamsul Yusof itu berjaya menggantikan kedudukan filem arahannya sebelum ini iaitu Munafik 2 yang merekodkan kutipan RM48 juta.
Rekod kutipan filem paling tinggi di Malaysia sebelum ini dipegang filem Hollywood terbitan Marvel iaitu Avengers : Endgame dengan jumlah kutipan RM87 juta.
3
views
10 Filem Malaysia dengan kutipan paling tinggi sepanjang zaman
Sejak dari filem pertama di perkenalkan di Tanah Melayu pada tahun 1898 oleh pihak Inggeris, maka terlahirlah pelbagai jenis filem tempatan sehingga ke hari ini.
Dalam video kali ni saya kongsikan 10 filem Malaysia dengan kutipan paling tinggi sepanjang zaman.
Sumber: wikipedia
Data sehingga 29/6/2022
Gila Gusti (2022) Official Trailer 2! FILEM GUSTI PROFESIONAL PERTAMA MALAYSIA
Gila Gusti, filem gusti professional pertama Malaysia!
Akan datang di pawagam bermula. 13 Januari 2022!
Indeks harga pengguna naik 2.5 peratus pada Oktober 2015
Indeks harga pengguna yang mengukur kadar inflasi bagi Oktober naik sebanyak 2.5 peratus tahun ke tahun.
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia peningkatan adalah susulan kenaikan dalam indeks utama termasuk minuman alkohol, tembakau, makanan dan minuman bukan alkohol
Sila layari http://www.astroawani.com untuk berita selanjutnya.
Visit http://www.astroawani.com for more news.
Astro AWANI LIVE http://www.astroawani.com/videos/live
Subscibe to NJOI AWANI https://www.youtube.com/njoiawani
Follow us on Website http://www.astroawani.com
Like us on Facebook https://www.facebook.com/astroawani
Follow us on Twitter https://twitter.com/501Awani
Follow us on Instagram http://inst
Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS)
Masanya telah tiba! Bulan Oktober adalah Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS).
Ayuh kita bersama membudayakan hidup sihat! Pelbagai aktiviti seperti cabaran berjalan, tanggathon, peraduan online dan hadiah-hadiah menarik menanti anda. Jom kita meriahkan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera!
MALAYSIA - VIETNAM | Tingkat Kerjasama Dua Hala Diplomatik, Undang-Undang, Buruh, Berita
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan rakan sejawatnya dari Vietnam Pham Minh Chinh, menjadi saksi kepada usaha meningkatkan kerjasama dua hala dalam latihan diplomatik, aktiviti perundangan, perburuhan dan pertukaran berita antara dua negara.
Ia menerusi pertukaran dokumen berkaitan yang ditanda tangani sebelum ini, dalam majlis khas yang berlangsung di pejabat kerajaan di Hanoi.
====================
Dapatkan berita terkini, tepat dan sahih dengan ‘SUBSCRIBE’ YouTube Buletin TV3
IKUTI kami di:
Facebook: https://www.facebook.com/BuletinTV3Of...
Twitter: https://twitter.com/BuletinTV3
Instagram: https://www.instagram.com/buletintv3/
Website: https://www.buletintv3.my
TikTok: https://www.tiktok.com/@buletintv3
Telegram: https://t.me/BuletinTV3Official
#BuletinTV3 #BuletinUtama #BU
1
view
1 APR 2022 – BERITA PAGI – MALAYSIA, INDONESIA TANDATANGAN MOU PDI HARI INI
Ikuti perkembangan semasa yang sahih di semua pautan media sosial rasmi Berita RTM:
Portal Rasmi Berita RTM
https://berita.rtm.gov.my
Twitter Rasmi Berita RTM
https://twitter.com/beritartm
Facebook Rasmi Berita RTM
https://www.facebook.com/BeritaRTM
Instagram Rasmi Berita RTM
https://www.instagram.com/beritartm
Youtube Rasmi Berita RTM
Main channel:
https://www.youtube.com/c/BeritaRTMBES
Backup channel:
https://www.youtube.com/c/SaluranBeri...
TikTok Rasmi Berita RTM
https://www.tiktok.com/@beritartm
Terima kasih rakyat Malaysia kerana sentiasa setia bersama kami.
"YANG SAHIH DI BERITA RTM"
WION Business News: Heirs of Sulu Sultan demand $15 bn from Malaysia; country to take legal actions
A clear escalation between the Malaysian government and the heirs of late Southeast Asian Sultan of Sulu. The latter party has now asked the Dutch court for permission to seize Malaysian assets in the Netherlands. The heirs are seeking a enforcement of $15 bn arbitration award.
#Malaysia #sulusultan #businessnews
About Channel:
WION The World is One News, examines global issues with in-depth analysis. We provide much more than the news of the day. Our aim to empower people to explore their world. With our Global headquarters in New Delhi, we bring you news on the hour, by the hour. We deliver information that is not biased. We are journalists who are neutral to the core and non-partisan when it comes to the politics of the world. People are tired of biased reportage and we stand for a globalised united world. So for us the World is truly One.
Please keep discussions on this channel clean and respectful and refrain from using racist or sexist slurs as well as personal insults.
Subscribe to our channel at https://goo.gl/JfY3NI
Check out our website: http://www.wionews.com
Connect with us on our social media handles:
Facebook: https://www.facebook.com/WIONews
Twitter: https://twitter.com/WIONews
Follow us on Google News for latest updates
Zee News:- https://bit.ly/2Ac5G60
Zee Bussiness:- https://bit.ly/36vI2xa
DNA India:- https://bit.ly/2ZDuLRY
WION: https://bit.ly/3gnDb5J
Zee News Apps : https://bit.ly/ZeeNewsApps