Anak pertama ( Keperibadian )

10 months ago
12

Fakta Anak Sulung Yang Menarik

#Cepat matang
Umum mengetahui bahawa anak sulung menggalas tanggungjawab yang besar di rumah. Menjaga adik-adik, membantu ibu membuat kerja rumah, dan banyak mengalah demi adik-adik.

Sedikit sebanyak, tanggungjawab tersebut membuatkan anak sulung menjadi seorang yang sangat matang dan rasional, malah lebih matang daripada rakan sebaya yang lain.

Inilah keistimewaan anak sulung. Kematangan ini dapat dilihat apabila anak pertama nampak seperti mengetahui tentang banyak perkara. Ini kerana mereka dikatakan ‘lahir’ untuk belajar.

#Optimistik dan Berdikari
Apabila terdidik dan terbiasa dengan kematangan sesuai dengan umurnya, anak sulung biasanya akan menjadi seorang yang berdikari dan sangat optimistik. Pendedahan yang diberikan secara tidak langsung melalui kerja rumah, dan banyak mengalah demi adik-adik.

Sedikit sebanyak, tanggung jawab tersebut membuatkan anak sulung menjadi seorang yang sangat matang, malah lebih matang daripada rakan sebaya yang lain.

Dengan kematangan ini, anak sulung lebih optimistik untuk mencapai sesuatu yang diinginkan. Dengan sifat optimistik inilah menjadikan anak sulung biasanya lebih berjaya di dalam kehidupan mereka.

#Bertanggungjawab
Seawal usia anak sulung yang telah didedahkan berdikari, menjadikan mereka lebih bertanggungjawab di dalam hidup. Bukan sahaja bagi kehidupannya, malah mereka juga see ini kerana sayangkan adik-adik dan mahu mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh ibu dan ayah. Sifat ini kebiasaannya akan terus sebati dalam diri dan terbawa-bawa sehingga ke alam persekolahan, rumah tangga mahupun tempat kerja.

#Pelindung
Antara penyebab anak sulung tegas dan juga garang, adalah untuk melindungi adik-adiknya juga ahli keluarga yang lain.

Kasih sayang anak sulung terhadap adik-beradik yang lain menjadikan mereka pelindung keluarga di dalam apa keadaan sekalipun. Tidak sanggup anak sulung melihat adik-beradiknya di dalam kesusahan atau disakiti oleh orang lain.
no hati emas yang mudah memaafkan orang lain.

#Prihatin dan mudah menyayangi orang lain
Dari kecil lagi ibu ayah telah mepupuk sifat penyayang pada anak sulung. Sesuai dengan karakter anak sulung yang terbiasa dengan melayani kerenah adik-adik mereka, anak sulung secara amnya adalah seoarang yang prihatin dan mudah menyayangi orang lain.

Sifat ini menjadikan meraka mudah menghulurkan tangan dan sentiasa ada pada sesiapa yang memerlukan. Ini adalah kerana rasa kasih itu telah dipupuk dari mereka kecil lagi.

#Sentiasa tersenyum
Percaya atau tidak – anak sulung mudah tersenyum bagi menggembirakan hari orang sekeliling – terutama adik-adiknya juga ibu ayah.

Jarang sekali melihat anak sulung menangis, kerana sifatnya yang selalu terbiasa dengan ketegasan dan tanggungjawab. Anak sulung biasanya tidak suka menunjukkan kesedihan mereka secara terangan dan lebih menyimpannya sendiri.

#Penuh rahsia
Anak sulung suka memendam perasaan dan sukar untuk berkongsi perasaan dengan orang lain. Sifat ini mungkin timbul akibat anak sulung yang terpaksa berkorban perasaan demi adik-adik sejak mereka kecil. Itulah di antara pengorbanan paling besar seorang anak sulung.

#Cerewet
Biarpun terdidik dengan tanggungjawab dan selalunya mengalah dalam kebanyakan situasi – anak sulung adalah seorang yang agak cerewet. Dengan sifat ketegasannya, mereka amat berhati-hati dan cerewet di dalam segala pemilihan dan situasi supaya segalanya sempurna dan tidak mendatangkan kesusahan baik untuk dirinya ataupun orang lain.

#Lebih suka mengarah
Sifat utama – selalunya jika anak sulung adalah perempuan, dia lebih cenderung mempunyai personaliti diri yang agak ‘bossy’ – dan juga mengarah. Mungkin juga kerana mereka sudah terbiasa dengan situasi begini bersama ibu ayah dari awal – maka bersama adik beradik juga anak sulung lebih banyak mengaarah memandangkan dirinya yang lebih tua.

Loading comments...