AIN BASIRAH YANG TERTUTUP DARI MELIHAT PINTU FITNAH YANG TERBUKA.

1 year ago
20

AIN BASIRAH YANG TERTUTUP DARI MELIHAT PINTU FITNAH YANG TERBUKA.

Pendidikan mengenai ilmu Fardhu Ain itu penting, asas kepada agama namun pendidikan tentang Akhir zaman itu juga penting supaya kita tahu, selok belok fitnah dan tipu daya yang hebat dari kuncu-kuncu Dajjal.

Berapa ramai agamawan bahkan Ulama bakal jadi pengikut Dajjal? Bagaimana kita ? Fitnahnya bukan biasa dari luarbiasa, fitnahnya membawa kita ke Neraka. Jangan pandang enteng, ia sungguh luarbiasa.

Apa yang penting disini bukan takut, jauh sekali mengagungkan Dajjal. Kita ingin selamatkan Iman.Iman kita yang tidak seberapa itu. Lazimkan zikir dari sekarang. Ada yang sebut takpa nanti Dajjal muncul, barulah zikir banyak-banyak, barulah solat banyak-banyak, baca Quran banyak-banyak, bimbang sahaja jika waktu itu baru nak 'start' tengok-tengok dah jadi pengikut Dajjal pun.

Saudara, fitnah Dajjal bukan seperti cerita Mat Kilau, balik tengok wayang berkepuk-kepuk semangat pahlawan, selang seminggu pergi pula Konsert Belli elish, Dewa 19 terkinja-kinja dalam stadium. Ia bukan soal semangat perjuangan menentang Dajjal, tapi ia soal keimanan yang betul-betul kena pasak dalam-dalam, kalau tidak ia akan roboh dan musnah. Bahaya !!!

Mulakan dari sekarang! Bagaimana? Mulakan dengan Taubat Nasuha. Jangan tinggal solat. Solatlah di awal Waktu. Banyakkan bersedekah, bacalah Al Quran sekurangnya 4 muka surat jika tidak mahu tergolong dalam golongan Lalai, lazimkan zikir dan selawat Jibril. Insya Allah, Allah akan buka "Ain Basirah" kita melihat fenomena Akhir Zaman yang dahsyat.

Jika Fadh Channel hilang dari radar carilah kami disini. Follow sekarang!!
👇👇👇

Penulis Jalanan

Suara Latar Ustaz Auni Mohamad

Loading comments...