Sekarang dah masuk fasa mendidik diri dan keluarga sedikit demi sedikit tinggalkan nikmat dunia.

1 year ago
2

Sekarang dah masuk fasa mendidik diri dan keluarga sedikit demi sedikit tinggalkan nikmat dunia. Allah dah beri peringatan bahawa dunia ini hanyalah hiburan dan permainan. Sesungguhnya negeri akhirat itulah sebenar-benar kehidupan. Ini Allah dah bagi amaran dalam Al-Quran.

Ada hutang?
Langsaikan hutang yang berbaki.

Dah selesai bayar hutang?
Jangan tambah lagi hutang.
Jangan ulang dosa riba' lagi.

Dosa riba' itu menarik keberkatan hidup. Amal ibadah pun jadi malas nak buat. Kadang rasa hidup ini serba serbi tak kena. Macam mana nak tenang sedangkan kita berperang dengan Allah dan Rasul?

Sekarang dah masuk fasa didik diri kita dan keluarga tinggalkan kesedapan dunia. Didik diri dengan amalan berpuasa. Puasa ini amalan orang-orang soleh. Didik diri dan keluarga kurangkan makan. Makan ala kadar. Makan sekadar apa yang ada. Berpuasa akan menundukkan NASFU.

Isi perut kita dengan :

1/3 makanan
1/3 air (minuman)
1/3 udara (pernafasan)

Dekat dunia ini kita boleh berbangga punya barang-barang koleksi. Koleksi jam, handbag, baju, barang kemas, kereta dan sebagainya tapi di akhirat nanti satu persatu harta yang kita miliki di dunia akan disoal Allah. Ketika itu yang menjawab di depan Allah bukan lagi mulut tapi tangan, mata, telinga, kaki dan semua pancaindera kita yang menjadi saksi ketika kita hidup di dunia akan menjawab. Ketika ini mulut akan dikunci rapat. Tidak lagi boleh bercakap.

Semakin kurang harta dunia kita, semakin mudah kita dihisab. Di akhirat kelak, orang yang banyak harta paling lama dihisab.

Kalau ada barang-barang atau pakaian yang kita simpan tak pakai dalam almari, cepat-cepat clear kan. Jual atau sedekahkan. Semakin kurang harta, semakin mudah perhitungan di akhirat kelak.

"Dan ingatlah bahawa kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui."

(Surah Al'Ankabut. Ayat 64.)

Loading comments...