Cuti anggota JBPM Johor dibekukan berkuat kuasa 4-30 November

2 years ago

Cuti dibekukan melibatkan semua pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor bermula 4 hingga 30 November. Sementara 20 peratus sahaja dibenarkan cuti antara 1 Disember hingga 15 Januari depan.

Pemangku Pengarah JBPM Johor, Penolong Pesuruhjaya Bomba Mohd Rizal Buang berkata, langkah itu diambil sebagai persediaan menghadapi PRU15 dan Monsun Timur Laut yang dijangka pada pertengahan November.

Tambah beliau, kekuatan JBPM di 33 balai seluruh negeri ini turut dibantu 28 pasukan bomba sukarela dengan keanggotaan 1,300 orang. Beliau melancarkan pasukan gerak khas menghadapi monsun timur laut bagi memantapkan persiapan perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan yang lebih efisien.

Loading comments...