Sup Tofu Telur yang sedap sangat!

2 years ago
2

Apa khabar semua! Dah tinggal berapa hari je lagi nak hujung puasa ni. Mesti dah tak tahu nak masak apa untuk berbuka harini kan? Jom, kita masak lauk yang simple tapi sedap, tauhu telur. Kalini saya guna Kiub Pati Lembu Knorr pula. Memang lagi sedap juadah kita.

Kalau dah cuba nanti comment dekat bawah!

Resepi Sup Tofu
Bahan2
1 pek cendawan Inoki (kerat bahagian bawah)
5 keping cendawan Shittaki (hiris kasar)
3 pek tahu telur di belah dua

Bahan yang di tumbuk lumat
1 sudu kecil lada sulah
3 ulas bawang putih
3 akar pokok ketumbar

1 Knorr kiub lembu
1 biji telur1 sudu makan tepung jagung gaul dengan sedikit air
Sedikit daun bawang

Cara memasak
1. Panaskan minyak dan goreng kan tofu telur sehingga keperangan. Angkat dan ketepikan.
2. Keluarkan minyak dan tumis kan bahan tumbuk tadi sehingga wangi. Mori menggunakan periuk non-stick jadi tak perlu sangat minyak. Jika perlu, letak sedikit minyak.
3. Kemudian masukkan cendawan shittaki dan masak sehingga sedikit lembut.
4. Kemudian masukkan air dan biar didih sebentar.
5. Masukkan 1 Knorr Kiub lembu dan biarkan sup merenih sebentar.
6. Masukkan Tofu telur yang di goreng kan tadi.
7. Telur yang di pukul sedikit kemudian tuang kan ke dalam kuah sup.
8. Biar kan renih sebentar
9. Tuang kan air tepung jagung.
10. Masukkan cendawan enoki dan matikan api.
11. Taburkan daun bawang dan sedia untuk di hidang.

#KnorrMaBaharu
#RamadanBersamaKnorr
#30hari30resipi

Loading comments...