'Sedih teramat sangat' - Shahidan tutup bilik gerakan Arau, bendera BN diturun

2 years ago
8.19K

Penyandang kerusi parlimen Arau, Shahidan Kassim, malam tadi mengejutkan ramai apabila mengumumkan semua bilik gerakan BN di kawasan itu ditutup.

Desas-desus nama beliau tidak terpilih sebagai calon di parlimen itu dalam pilihan raya umum Ke-15 nampaknya seakan-akan menjadi kenyataan.

Dalam hantaran di media sosial semalam, beliau yang dilantik menjadi Menteri Wilayah Persekutuan sebelum ini memberitahu semua bendera parti diturunkan pada "malam kesedihan yang teramat sangat" itu.

Loading comments...