'Suara Serumpun' tingkat perkongsian berita Malaysia, Indonesia

1 year ago

#BuletinBernama: Program bual bicara ‘Suara Serumpun’ yang disiarkan secara bersama antara Bernama Radio dan Antara Digital Media di Indonesia, dijangka dapat meningkatkan perkongsian berita serta maklumat, sekali gus mengeratkan lagi hubungan kedua-dua negara dalam aspek ekonomi, politik dan budaya.

Ketua Bernama Radio Azlan Idris berkata program yang mula bersiaran hari ini, adalah lanjutan daripada memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai pada November lepas oleh Antara dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).

Loading comments...