Baki 23 jemaah terkandas di Arab Saudi dibawa pulang secara berperingkat

2 years ago

144 Aufrufe 08.11.2022
Seramai 23 daripada 63 rakyat Malaysia termasuk kanak-kanak yang terkandas di Arab Saudi dalam proses untuk dibawa pulang secara berperingkat.

Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, pada Isnin, empat rakyat negara ini yang terkandas di negara berkenaan selamat tiba selepas 36 orang iaitu kumpulan pertama tiba di negara ini pada 4 Oktober lalu.

Bagaimanapun, katanya, kepulangan secara berperingkat rakyat Malaysia itu bergantung kepada sumber dana yang diperoleh dalam urusan pembelian tiket.

Loading comments...